Saturday, February 12, 2011

KOKURIKULUM 2011


KELAS BIMBINGAN 2011

GURU STOK 2011

GURU BERTUGAS 2011











TAKWIM SEKOLAH 2011









SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada 2 Mei 1959.

Sebab Penubuhan
Pada 18 Jun 1952 seorang ahli agama bernama Swami Suthannanda telah mencetuskan idea dan memulakan langkah pertama untuk mendirikan sekolah ini. Beliau menderma RM 101.00untuk mendirikan sekolah.

Pemilik Tanah

Tanah sekolah ini adalah kepunyaan Mendiang En.Erulapalan Nadar.

Status Sekolah
Sekolah bantuan kerajaan.

Peristiwa Sejarah Sekolah
Pembinaan sekolah bermula pada 31.03.1955.
2 Mei m1959 bangunan sekolah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Dindings En.Mohd Senali Bin Hj. Zainidin
1984 membina Pusat Sumber dan pejabat.
1992 bangunan jenis kayu ditukarkan jenis konkrit.
2002 dibina dua bilik darjah tambahan dengan bantuan modal RM15000 dan sebuah bilik setor.
2002 pejabat sekolah diperbesarkan.
2006 bilik pusat sumber, bilik guru dan pejabat sekolah ditileskan.
2007 sebuah bilik pemulihan dibina dengan sokongan PIBG sekolah.
2008 pendawaian semula dan menaik taraf tahun 6 serta pendawaian kantin sekolah (tiles) dan gelanggang bola tampar dibina dengan peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM100000.00 melalui JKR.
2009 peruntukkan RM100000.00 dari Kementerian Pendidikan telah disalurkan ke sekolah melalui Jabatan Kerja Raya. Peruntukkan ini digunakan untuk:
a. Pendawaian semula elektrik sekolah.
b. Pembinaan gelanggang bola tampar.
c. Pembinaan pagaran tembok pintu masuk sekeliling kawasan sekolah.
d. Menaiktarafkan lantai kelas tahun 6-memasang tiles.
e. Membina sebuah tandas guru yang baru.
f. Memasang papan tanda nama sekolah.
g. Menaik taraf kelas Tahun 6

Laman web sekolah: www.sjktpangkor.110mb.com
Laman blog sekolah: www.sjktpangkor1075.blogspot.com
Facebook: sjktpangkor pangkor
PIAGAM PELANGGAN SJK(T) PANGKOR

KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR
Berusaha bersungguh-sungguh member ilmu pengetahuan yang berkualiti dengan secukupnya kepada pelajar-pelajar untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik


KEMUDAHAN TEMPAT PEMBELAJARAN
Sentiasa berusaha menyediakan kelengkapan perpustakaan, pusat sumber, bilik pemulihan, bengkel kemahiran hidup serta bilik darjah yang selesa ke arah meningkatkan prestasi akademik pelajar


KECERIAAN SEKOLAH
Sentiasa mengindahkan suasana persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah agar kelihatan cantik dan menarik bagi membantu pembelajaran yang berkesan.

PROFESIONALISME KEGURUAN
Sentiasa mempertingkatkan profesionalisme keguruan agar dapat memberi perkhidmatan berkualiti di dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang.

LAYANAN PELANGGAN
Sentiasa mengambil berat aspirasi pelanggan, menjalinkan kerjasama dan permuafakatan demi kemajuan sekolah

HUBUNGAN KEMASYARAKATAN
Sentiasa mengeratkan hubungan, permuafakatan, kerjasama dengan agensi-agensi luar/jabatan demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Lima Teras Strategik:
I. Membina negara bangsa.
II. Membangun modal insan.
III. Merapatkan jurang pendidikan.
IV. Memartabatkan profesion keguruan.
V. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

VISI SEKOLAH

SJK(T) PANGKOR TERBILANG 2015

MISI SEKOLAH

  • Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan , telus dan tulus
  • Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan yang terbilang
  • Sahsia yang berasaskan program pembangunan insan
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
  • Kokurikulam yang berasaskan pembinaan generasi bestari , jati diri dan integrasi nasional
  • Mencapai 85.40% keseluruhan dalam UPSR 2011

LOGO SEKOLAH



MOTO SEKOLAH : MAJU JAYA / முயல்க வெல்க

A: IKAN - PUNCA PENDAPATAN PENDUDUK PANGKOR

B: LAUT - SEKOLAH YANG TERLETAK DI PULAU

C: PELITA - BAGAIKAN CAHAYA MENERANGI MASA HADAPAN MURID-MURID

D: BUKU - SEBAGAI SUMBER RUJUKAN AKADEMIK MURID-MURID